BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

6.4.18

Perit

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni 2:54am. Tidak dapat tido lah. Well now aku memang masih terpukul dengan suami yg curang ni. Tipu dan jua curang. Benda yg paling aku benci sejak dia pernah buat pada aku last year. Then sambung balik ngan perempuan yg sama dan yg lebih teruk kehidupan mereka jauh lebih teruk dari yg aku fikirkan.

Mungkin ini jua kifarah yg aku terima dari Allah. Dan Allah jentik aku sbb mau aku ingat yg Allah itu Ada. Dan tidak pernah tidur. Aku mengaku aku alpa dengan Tuhan ku sendiri. Sebut ja pasal kawin. Luluh nya hati ini. Org yg aku sanjung yg aku sangka akan bw kami anak beranak ke syurga. Punah sama sekali. Mampukah aku terima dia sebagai suami ku lg. Ya Allah, Besar sungguh ujian mu terhadap ku.

Adakah Allah akan balas dengan apa yg di buat pada aku saat ini. Ya Allah, sedih hati ini bila setiap kali di tipu hanya ingin membahagiakan org yg tdk sepatutnya dia bahagia kan. Astaghfirullah aladzim. Selama ini aku tutup keburukannya. Aku tdk pernah minta lebih dr kemampuannya. Allahu Akhbar. Susah senang bersama di tgl kan begitu saja. Tak apalah. Aku masih ada Allah. Allah sahaja tempat ku mengadu.

Semoga Allah memberi ku kekuatan dan kesabaran dalam hal ini. Semoga Allah memberi rezeki yang halal utk ku dan anak2. Semoga Allah memberi kecerdikan pada ku utk mengajar anak2 ku. Semoga Allah memberi ku kerja yg lebih tinggi utk menyara anak2 ku. Ya Allah ku mohon pada mu Ya Allah. Aamiin Ya Rabb.

0 Coretan @ Kata²: