BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

25.6.11

Bila sudah membaca ilmu pun byk d Kepala

Salam semua~


Entri kali ne erda nak me' release kan hati dan kepala ne.. Bila teringat arwah bby Hilmi @ awie cepat erda sedekahkan Al- Fatihah utknya.. sbb itu yg mampu erda lakukan msa dlm pantang ne...
Nak tau terlalu byk yg erda da baca ttg mama, mak, ibu yg kehilangan anak semasa dlm kandungan, selepas beranak ada pula yg sempat mejaga beberapa hari, bulan dan tahun... Erda simpati dan sedih tapi yang paling erda suka dan gembira mereka lebih bahagia di RUMAH KESYUKURAN atau Syurga Jannatun Naim.. Nabi Ibrahim menjaga mereka d sna..

Alhamdulilah nak,
kesedihan ini tidak akan lama nak..
ku harapkan kegembiraan utk menemuimu wahai anakku...
utk apa mummy menangisi permergianmu hari²
kerana kau yang akan menunggu mummy utk bersamamu
Di Syurga sna..

Semasa bby awie di mandikan oleh Nenek Tanggah Bakar ada berkata².. Berapa org bidadari yg menunggu kedatanganmu di syurga? Sungguhpun mummy tdk sempat melihat diri bby awie sewaktu bernyawa tapi mummy bersyukur dgn semua ini... Dan yg paling mummy suka bila nurse yg membawa mummy ke bilik OT tu terdengar suara tangisan bby awie walau hanya sekejap.. Dia yang ceritakan kat mummy nak..

Kali ini erda emosi pula... Ya Allah... Apa tdk klu berpantang mcm tdk pula berpantang.. klu boleh nak jalan².. Tapi tk bleh buat mcm tu... mama erda marah nnt..

Ha erda risau pula ttg report blood test erda ngan bby awie ne... pass tu kena review pakar then da kaunseling ngan pakar lg... Then tempat keja pun nak erda buat medical checkup kat panel erda.. huhuuhu lots of thing i have to get it done.. auww..

Sometimes feeling can bother everything to ruin you day.. But when you feel it just listen to the Asma-Ul Husna...


Chaiyo2 to myself...

Keuntungan Si Ibu Bapa apabila Anaknya Meninggal Sebelum Akhil(Cukup Umur)

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)

24.6.11

Tabah dan Sabar itu ujianNya padaku

Baru ku sedari setiap yg d uji olehNya itu ada hikmah d sebaliknya.
Seandaiku tahu lebih awal ku cuba utk melawan segalanya...
Namun semua itu masih lagi terlalu baru bagi aku..
Ini adalah Insan yg ke Lima pergi mengadap Illahi.....
Benar jua kata-kata ini " sesungguhnya kita hidup di dunia ini hanyalah sementara"
Dan segala2nya hanya pinjaman sementara..
Tuhan hanya meminjamkan dia hanya seketika saja..
Ya Allah Engkau la yg berkuasa d dunia ini..

Aku menyedari bahwa hidup ini terlalu singkat..
Amalan2 yg aku ada sekarang terlalu sikit dan boleh di kira..

entri kali mmg membuat aku tabah dan sabar menghadapi ujianNya..

Amin
Al-Fatihah

23.6.11

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

Sabar Atas Kematian Insan Tersayang


Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sabar Atas Kematian Insan Tersayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Huraian
1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.

22.6.11

Petikan dari org lain...

Kesedihan...

Perasaan sedih yang datang ketika musibah melanda adalah suatu yang normal. Nabi s.a.w juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanya mengalirkan airmata, dan tidak diiringi ratapan.

Menurut riwayat Anas bin Malik r.a bahawa sebelum Ibrahim menghembuskan nafasnya (yang terakhir) dengan tenang, baginda Nabi s.a.w bersabda sambil menitiskan air mata :

”Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:
Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?
Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.

Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya.

Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?
Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.

Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata :
Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?
Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.

Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.
Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua.

21.6.11

Aduhai

Bawa aku pergi!!!!!!!

20.6.11

Hari ini hari yg ke-15 dia pergi mengadap Illahi

Salam Semua

Ya Allah,

Susah juga nak melawan hati yg tgh bergelora ne,
Hati ne bagaikan mati di bawa bersama yg telah pergi,
Aku merasa kan diriku sentiasa kosong,
Dorongan dr suami hanya beberapa saat saja tersemat dlm pikiran,

Ya Allah,

Bagi mereka senangnya berkata2,
Tapi diri yg melalui semua ne,
Terasa ingin menyerah diri pada penciptanya,
Utk bersama yg telah pergi..

Ya Allah,

Ku kuatkan semangatku,
Ku cuba utk kembalikan semangatku,
Tapi itu hanya seketika,
Hidupku Kosong seperti mna Tin Kosong,

Ya Allah,

Engkau Maha berkuasa,
Sampaikan SALAMKU KEPADANYA,
Bahawa AKU SGT MENYAYANGINYA,
Bahawa AKU MERINDUKAN SAAT DIA MASIH DI RAHIMKU,

Amin.
Al-Fatihah