BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23.9.11

Dah kerja ne busy sgt pula...

Huh... really tired by this time.. n my hati sakit sgt, coz of people yg tk sedar diri like they are always perfect..

They always talk about people, but they never know their own life like what... Ya Allah, please help them to go to the right way...

And me slalu buat problem... can i do no more mistake in one day onwards.... i feel like stupid.. motivate my self plssss...

Ya Allah... permudahkan hariku Amin....

Published with Blogger-droid v1.7.4

20.8.11

6 August 2011

Masa ne baru hari pertama kerja, what the hell is this? ntah aku heran sgt aku tk kuat mcm dahulu, Ya Allah.. aku tk dpt terima yg aku kena pindah outlet.. Urgh hati aku hancur, sedih dan bercampur baur da somanya.. Ntah la begini la manusia kan bertubi2 kita diberi ujian oleh-Nya kan~


Mana lagi aku dengar cerita dari org lain yang aku ne LAZER... erm ntah la.. klu nak di terangkan aku ne bukan la suka buka mulut pun. Huh.. susah juga hidup macam ne ek, lagi satu tempat sekarang ne pun dua kali lima jugak... Politik dorg ne bukan main kuat lagi... depan kita punyalah baik.. pijak semut pun tak mati.. tapi bila dah belakang kita.. Allah saja yg mendengar..

Lazer aku lazer lagik dorg ne, hampeh dpt kwn mcm ne kan.. Whatever la kan, buat jak cerita yg bukan2. Aku tak berdosa yg berdosa korang... huhuhu but 1 day aku betul2 tk tahan ne, u all nak tau aku sedih bercampur baur dari hal keja smpi la hal peribadiku.. dorg tak tau apa yg aku rasakan.. boleh2 2nd boss aku ckp aku ne lemah dan di manjakan... Ya Allah... Hari2 aku minta doa dari Allah SWT utk kuatkan semangat aku berdepan ngan org kat outlet baru tu...

Now i feel far away from other people ne.. Klu ikut kan hati ne nak sangat keluar dari tempat tu.. tapi nasib skrg masi memerlukan duit.. huh.. but at that time when i crying this guy his name JASON, makes me really happy.. Dia hulurkan tissue, wah i never seen a good man like him before. By the way Jason thank for the Tissue k..

Manusia ne ada perasaan ke atau tiada, Why they think like that? What are makes their think like that? If you give me the answers also i don't think that makes me feel better. Aku tk bleh benci org apatah lagi hina org. Tapi kenapa lah pula dorg mcm tu..

Aku betul2 rasa sedih tahap yg tak mampu aku tahan.. Ya Allah apa harus aku lakukan~

Dan aku sangat menrindui arwah, Apa khabarnya di sana?
Baby Hilmi mummy rindu Baby Hilmi sgt2. Dtg la syg jenguk mummy d sni..
Mummy rindu baby sgt2. Mummy syg baby Hilmi sgt2..

2.8.11

KELEBIHAN RAMADHAN

Assalamualaikum WBT

Ini Fadhilat2 ramadhan 1432H~

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

1.8.11

Selamat datang Ramadhan~

Salam..


Syukur Alhamdulilah Ramadhan dah tiba, Masa ne la kita perlu menahan dari segala2nya,
InsyaAllah Ramadhan tahun ne kita akan diberkati.. Walaupun aku telah melalui saat yg menyedihkan pada kelahiran jun datang pula kesedihan melalui Ramadhan dan Syawal tanpa Arwah nun di Syurga sana..

Apakah dia sedang bermain² bersama² Bidadari dan Bidadara syurga? Mungkin dia sungguh bahagia bersama Teman2 Allah di sana.. Ya Allah kuat kan semangat ku menepuh segalanya di dunia ini.. Bersihkanlah jiwaku yg sangat kotor dgn dakwat hitam dari syaitan itu yg telah mengotorkan hati ku yg suci ini..

Bukakanlah hati hambamu yg sudah leka itu..

Ya Allah aku merindui kekasih hatiku yg berada di syurgaMu..
Sampaikan salamku kepada Arwah Md Hilmi Hafiy Bin Halmi..
Al-Fatihah..
Amin~

24.7.11

Ya Allah Tetapkanlah Imannya

Ya Allah,

Apa yg harus aku lakukan, tunjukkan aku jalan yg betul.. Aku kecewa setelah melihat apa yg ada pada beliau.. Ingin aku pergi jauh2 dari dirinya, kerana aku tdk memerlukan seorg insan yg hanya ingin kejalan yg tdk d redhai Allah.

Begitu besar ujianMU Ya Allah, Dia tdk ikhlas utk bersamaku. Hatiku tawar, hatiku hancur dan hatiku kecewa dgn semua ini. Dgn apa yg dia lakukan, tapi mungkin aku pernah mengecewakannya. Tapi perubahanlah yg membawa aku kejalan yg diredhai.

Aku tdk tahu ingin berbuat apa, aku redha YA Allah jika dia pergi..

21.7.11

Hari di beri ujian olehnya..

Salam..


Hari ne aku sedih sgt dgn apa yg berlaku subuh2 tadi.. Hanya kerana bertanya boleh menjadi kes yg berat sgt. Apa salahkah kita utk menanya dari berperasangka... Ya Allah ini kah ujian yg aku akan lalui lagi.. Beri lah dia hidayah utk semua yg berlaku... Sepertinya aku yg sentiasa membuat salah sedangkan mengajukan pertanyaan yg ingin kita ketahui jawapannya, aakhirnya ini yg aku dapat..

Aku tidak memerlukan pemimpin seperti itu. Berlagak seperti dia ada segala2nya.. Tapi dia silap dgn semua itu.. Tuhan lah yg berhak keatas manusia keatas kita. Kita hanya meminjam apa yg dimilikinya.. Ya Allah skrg aku di mana, Apa harus aku lakukan. Dia tetap bersama syaitan, Ya Allah berikanlah dia petunjuk. Sesalkan lah dia.

Aku sedih kerana aku di miliki org yg jahil. Aku tdk perlukan dia selamanya. Aku perlukan Allah utk segala2nya Dunia dan Akhirat. Allah memberi aku ujian ini kerana Dia sayang akan aku, Dia dekat dgn aku dan Dia ingin aku dekat dgn-NYA. Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Pengampun.

Lelaki itu lupa bahawa Allah lah yg Berkuasa di muka bumi ini.
Ya Allah beri lah dia petunjuk.
Amin

16.7.11

Kenduri Arwah 40 Hari ~ Md. Hilmi Hafiy Bin Halmi

Salam & Salam Sejahtera


16 Julai 2011

Hari ke 40 pemergian putra pertama kami ke Rahmatullah~ Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan kerjasama mama, abah, ana, tinie, pijut, My Dear Halmi, Daus, oma, aunty pyah daughters n son and me..

Masing2 ngan keja sendiri, akhirnya semua dpt mkn n dpt d bungkus kan lg ntuk org2 yg nk balik tu.. Rezeki mereka ya Allah.. Thanks to my MAMA coz organize the food n sgt2 la sedap... Air tangan ibu kan~ Then my cousin oso dtg walaupun lambat thanks sis BB, u'r are nice person in our family love u so much..

N yg selalu setia B BAY n Adik pompuan.. Ha rindu ne klu teda dorg.. tk meriah dunia ne klu teda.. So funny this cousin.. FOO Fighters.. hhahaha suka gaduh..

Kak nini n family oso thank you so much... Ne selalu buat kueh jala kalau ada kenduri... she oso a nice person... Kak nini ne besh tk byk songeh.. ada jua kwn c wawa main.. Uyin n wawa suka main sma2..

Jiran pun ada dtg jua.. Pas tu kami import budak2 dari Tohpuan Hajah Rahmah School.. dtg p kenduri ne.. ok jugak dorg.. Baca Yaasin Ramai2.. sedap ja bunyinya klu dah budak2 ne membaca siap ngan lagu lagi...

Dan hari ini la aku senang dgn melihat seseorg seperti berubah tetapi aku takut jika itu hanyalah sementara... Ya Allah berikan lah dia Hidayah.. Kenduri ne aku masukan sekali nama arwah mentua dan arwah ke empat-empat nenek aku..

Semoga mereka di tempatkan di golongan org yg beriman.. Hidup ini sebenarnya tdk panjang dan tdk jugak pendek.. ini semua dari amalan dan ujian yg kita hadapi ketika di muka dunia ini..
Kita hidup sememangnya sementara tetapi kita merasakan kadang2 hidup itu panjang atau pendek..

Hari ini dan sampai nafasku yg terakhir doa2ku sentiasa utk mereka yg sda berada d Alam Barzakh.. Ya Allah dukung la aku utk menjadi org yg mencintaimu dan agamamu..

Ya Allah jauhi aku dari semua sifat2 yg buruk dan yg di pandang hina oleh Mu Ya Allah..

Disaat menrindui bby Hilmi mummy sentiasa menguatkan hati utk tdk terlalu emosi~ Kerana kamu tuah hidupku dan Allah menunjukkan mummy jalan yg betul dr terpesong ke arah yg di murkainya... Sesungguhnya Allah memberi ini satu ujian yg paling besar dari sebelumnya maka ujian ini la mengajarku utk mendekatimu lebih dan mencintaimu dari segala2nya... Ya Allah Engkau Maha Berkuasa kagi Maha Pengampun..

Al-Fatihah
Amin

8.7.11

Ya Allah~

Nak tulis entri yg menarik tapi lepas cita ngan DORG kat umah.. Ada kecik hati ngan semua org yg kat umah~ Nak mengadu ngan org.. ermm sama siapa? terpaksa ckp dlm hati sendiri, sebab Allah maha besar. Allah boleh dgr kita ckp, meski kita tk dpt bersujud kerana hal tertentu.. Tapi kita masih ada cara nak mengadu...


Entah la, sewel kali aku ne.. emosi skit.. mcm2 yg dtg ke otak ne~ asik fikir yg boleh mejahanam kan diri sendiri.. Iskh3.. belum selesai yg satu dtg lg yg satu.. Apa aku nak buat.. bercelaru kepala ne.. apa lagi yg akan menimpa.. Ya Allah..

Suami aku mana nak peduli, yg dia tahu keja, cari duit balik mkan tido bangun balik keja.. tu la dia.. klu pasal nak menyelami hati ne.. sori la.. makan la hati sendiri... ntah susah nak percaya.. ntahlah hidup mcm ne seperti aku kekurangan sesuatu..

Ya Allah kuat kan la semangatku seperti mana aku manguat kan semangatku ketika Kau membawa anakku pergi bersamaMu dulu.. Ya Allah..

4.7.11

Ross Putih Untuk Putra Mummy

Dirimu umpama Ross Putih,

Yang masih segar bugar,
Dan sentiasa mekar berkembang,
Bunga yang tidak akan layu selamanya~

Putih itu SUCI dan BERSIH,
Suci seperti dirimu,
Bersih seperti kau di lahirkan,
Bersih seperti kau di mandikan,
Bersih setelah kau di kapankan~

Dirimu sesuci dan sebersih kain putih,
Kain putih yang membaluti tubuhmu,
Ketika kau pergi menyahut seruan TUHANmu,
Wajahmu berseri umpama Ross Putih
yang sedang mekar berkembang~

Dengarlah putraku sayang mummy menrindui dirimu,
Terasa ketika dirimu masih didalam rahim mummy,
Seolah2 dirimu sudah bisa melihat wajah mummy,
Mummy teramat menyayangimu nak,
Mummy teramat merinduimu~

Damai la kau di sana,
Pasti suatu saat nanti kita akan ketemu ya nak,
InsyaAllah Ross Putih untukm~

Al-Fatihah to MOHAMED HILMI HAFIY BIN HALMI






2.7.11

OMG! The #Churp2race is back! I want the iPad 2! Join me and rev up together! jomlah try ne

OMG! The #Churp2race is back! I want the iPad 2! Join me and rev up together! jomlah try ne

28.6.11

K E S E O R A N G A N

Kalau nak kata² dlm blog ne kena berpadah², apa tdk kita mna la boleh ckp psl sepa² kat dlm sni... Ne la bila hati dah bersedih tak da pula tmpt nak meluah.. Begini la hidup.. Dgn kwn time kita senang baru nak dtg bila susah mcm ne dah p jauh²..


Hidup ne betul kosong klu org semua dah tak peduli.. Hanya Allah S.W.T sja yg slalu setia sma kita.. D mna Dia akan melihat kita...

Ada lagi, kadang² terguris ngan kata² org yg nk dpt anak ne tahun jg.. My mom care about her more than me... but that is fine.. Dia kan isteri abg sulung kesayangan emak aku.. Who's care? I don't meant to be jealous.. I have my own life and family..

Now,kena cari penganti jaga Azwani nnt.. sbb abg nak amik maid suh jaga bbynya nnt.. owh fohning den.. huhuhu.. terlalu byk fikir mkn minum pun tak lalu... sian Azwani dia pun tak terurus.. nak harap maid tu.. taunya tgk tv.. i know la my mom dosn't care bout her watching TV.. but anakku terbiar tak makan.. geram... when i ask her my girl makan already ka? then she said i dun have mode to cook.. Ya Allah sakitnya hati ne.. pedih mcm d tusuk pisau... cepatlah aku memasak ntuk my girl.. I was disappointed with that.. with what she do to my girl.. byk benda yg aku tk suka cara dia ne.. barang2 my girl sepah sna sni.. langsung tk simpan bgs2... my hubby mmg tk ska klu barang2 my girl bersepah.. Pantang.. coz he really love my girl..
Close story..

I will cheer up my life again.. Soon or later... The love i have now really make me week.. i don't feel love anymore... only for Azwani n Awie.. I miss him.. really miss him..

Al-Fatihah
Amin

25.6.11

Bila sudah membaca ilmu pun byk d Kepala

Salam semua~


Entri kali ne erda nak me' release kan hati dan kepala ne.. Bila teringat arwah bby Hilmi @ awie cepat erda sedekahkan Al- Fatihah utknya.. sbb itu yg mampu erda lakukan msa dlm pantang ne...
Nak tau terlalu byk yg erda da baca ttg mama, mak, ibu yg kehilangan anak semasa dlm kandungan, selepas beranak ada pula yg sempat mejaga beberapa hari, bulan dan tahun... Erda simpati dan sedih tapi yang paling erda suka dan gembira mereka lebih bahagia di RUMAH KESYUKURAN atau Syurga Jannatun Naim.. Nabi Ibrahim menjaga mereka d sna..

Alhamdulilah nak,
kesedihan ini tidak akan lama nak..
ku harapkan kegembiraan utk menemuimu wahai anakku...
utk apa mummy menangisi permergianmu hari²
kerana kau yang akan menunggu mummy utk bersamamu
Di Syurga sna..

Semasa bby awie di mandikan oleh Nenek Tanggah Bakar ada berkata².. Berapa org bidadari yg menunggu kedatanganmu di syurga? Sungguhpun mummy tdk sempat melihat diri bby awie sewaktu bernyawa tapi mummy bersyukur dgn semua ini... Dan yg paling mummy suka bila nurse yg membawa mummy ke bilik OT tu terdengar suara tangisan bby awie walau hanya sekejap.. Dia yang ceritakan kat mummy nak..

Kali ini erda emosi pula... Ya Allah... Apa tdk klu berpantang mcm tdk pula berpantang.. klu boleh nak jalan².. Tapi tk bleh buat mcm tu... mama erda marah nnt..

Ha erda risau pula ttg report blood test erda ngan bby awie ne... pass tu kena review pakar then da kaunseling ngan pakar lg... Then tempat keja pun nak erda buat medical checkup kat panel erda.. huhuuhu lots of thing i have to get it done.. auww..

Sometimes feeling can bother everything to ruin you day.. But when you feel it just listen to the Asma-Ul Husna...


Chaiyo2 to myself...

Keuntungan Si Ibu Bapa apabila Anaknya Meninggal Sebelum Akhil(Cukup Umur)

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)

24.6.11

Tabah dan Sabar itu ujianNya padaku

Baru ku sedari setiap yg d uji olehNya itu ada hikmah d sebaliknya.
Seandaiku tahu lebih awal ku cuba utk melawan segalanya...
Namun semua itu masih lagi terlalu baru bagi aku..
Ini adalah Insan yg ke Lima pergi mengadap Illahi.....
Benar jua kata-kata ini " sesungguhnya kita hidup di dunia ini hanyalah sementara"
Dan segala2nya hanya pinjaman sementara..
Tuhan hanya meminjamkan dia hanya seketika saja..
Ya Allah Engkau la yg berkuasa d dunia ini..

Aku menyedari bahwa hidup ini terlalu singkat..
Amalan2 yg aku ada sekarang terlalu sikit dan boleh di kira..

entri kali mmg membuat aku tabah dan sabar menghadapi ujianNya..

Amin
Al-Fatihah

23.6.11

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

Sabar Atas Kematian Insan Tersayang


Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Sabar Atas Kematian Insan Tersayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Huraian
1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.
2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada’ dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.
3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.

22.6.11

Petikan dari org lain...

Kesedihan...

Perasaan sedih yang datang ketika musibah melanda adalah suatu yang normal. Nabi s.a.w juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanya mengalirkan airmata, dan tidak diiringi ratapan.

Menurut riwayat Anas bin Malik r.a bahawa sebelum Ibrahim menghembuskan nafasnya (yang terakhir) dengan tenang, baginda Nabi s.a.w bersabda sambil menitiskan air mata :

”Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:
Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?
Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.

Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya.

Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?
Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.

Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata :
Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?
Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.

Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.
Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua.

21.6.11

Aduhai

Bawa aku pergi!!!!!!!

20.6.11

Hari ini hari yg ke-15 dia pergi mengadap Illahi

Salam Semua

Ya Allah,

Susah juga nak melawan hati yg tgh bergelora ne,
Hati ne bagaikan mati di bawa bersama yg telah pergi,
Aku merasa kan diriku sentiasa kosong,
Dorongan dr suami hanya beberapa saat saja tersemat dlm pikiran,

Ya Allah,

Bagi mereka senangnya berkata2,
Tapi diri yg melalui semua ne,
Terasa ingin menyerah diri pada penciptanya,
Utk bersama yg telah pergi..

Ya Allah,

Ku kuatkan semangatku,
Ku cuba utk kembalikan semangatku,
Tapi itu hanya seketika,
Hidupku Kosong seperti mna Tin Kosong,

Ya Allah,

Engkau Maha berkuasa,
Sampaikan SALAMKU KEPADANYA,
Bahawa AKU SGT MENYAYANGINYA,
Bahawa AKU MERINDUKAN SAAT DIA MASIH DI RAHIMKU,

Amin.
Al-Fatihah

18.6.11

DIA

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera

Klu d ikutkan hati, diri ini merayu utk bersama arwah Hilmi.. Tapi bagiku belum cukup amalan yang ku lakukan d dunia ne.

Sekali pun Tuhan mencabut nyawa ku soma yg ku lakukan d dunia tiada erti kerana amalan ku terlalu sikit utk d hitung.

Dari semua yg terjadi aku mula membuka mataku. Allah Maha berkuasa, Maha kaya, Maha mengetahui dan Maha pengampun. Hidup tanpa Al-Quran merupakan hidup tanpa arah tujuan.

Aku redha dgn apa yg terjadi tapi aku merindui saat janin yg berada d dlm rahim ku slama 33minggu 2hari. Di lahirkan sempurna sifat tapi hanya kerna dia d jangkiti kuman, paru2 nya tdk sempurna. Allah Maha berkuasa, dia lebih mengetahui apa yg di lakukan-Nya itu.

Arwah Mohamed Hilmi Hafiy bin Halmi bersemadi dgn aman sekali di sisi Allah. Anak yg di lahirkan beberapa jam dan meninggal dunia pada 8.34am ini terus ke Surga menemui pencipta-Nya yg Maha Esa.

Anakku,
Mummy akan sentiasa menyedekahkan doa2 utk mu,
Di saat ini mummy masih merindui dirimu anakku,
Di mana silap mummy,

Anakku,
Setiap tahun,
setiap bulan, setiap minggu, setiap hari,
setiap jam, setiap minit dan setiap saat,
kau tdk pernah ku lupakan,
Kau lah yg teristimewa dlm hidupku,

Anakku,
Allah lebih menyayangi dirimu,
tempatmu di surga sana,
yg lebih aman dan damai,
Dlm hari2ku,
Doa ku panjatkan utk-Nya dan dirimu,

Anakku,
Kau lah kekasih mummy,
Kaulah pujaan mummy,
Walaupun kau d sna,
Mummy sentiasa merasa dirimu dekat dgn mummy,
Mummy sayang padamu anakku,

Al-Fatihah.

17.6.11

Assalamualaikum & Salam sejahtera Kpd semua!!

7 June 2011 pada jam 3.20am Lahirnya seorang anak lelaki yang diberi nama Mohamed Hilmi Hafiy Bin Halmi.

Allah sempat meminjamkan arwah utk beberapa jam kepada aku,aku melahirkan nya hidup tapi apakan daya ku. Tuhan lebih menyayanginya.. Berat rasa hati ini utk menerima semuanya..

Wajahnya mirip dgn Ayahandanya. Aku hanya dapat menatap wajahnya dan memeluk ketika dia sudah tidak bernyawa. Ini dugaan yang amat besar aku terima dari Allah S.W.T.

Adakah ini hukumanNya kepadaku?

Ini hari yang ke 11 dia meninggalkan kami sekeluarga, betapa payahnya untuk aku menguatkan semangatku utk tdk bersedih atas permergiannya. Terasa kosong diriku.

Ya Allah kuatkan lah semangatku.

Aku telah cuba utk tdk memikirkan semuanya. Tapi akulah yg mengandungkan arwah. Betapa perit ku rasa.
Sesungguhnya apa yg terjadi ada hikmah besar yg menanti..
Di akhirat dia menungguku dan menarikku utk ke surga bersamanya.


Ini adalah salah satu kisah episode kematian. Kematian adalah sebuah kepastian yang akan menyapa setiap makhluk bernyawa. Dalam QS. Ali Imran: 185 Allah SWT berfirman: “Setiap tubuh yang berjiwa pasti merasakan mati, bahwasanya pahalamu akan disempurnakan (dibayar) di hari kiamat. Barang siapa dihindarkan dari neraka dan diangkat ke sorga, sungguh menanglah dia. Tiadalah kehidupan di dunia ini, kecuali hanya kesenangan palsu yang memperdaya”. Setiap oarng menyadari bahwa hidup ini ada akhirnya. Hanya saja kapan dan bagaimana kita akan menghadapi kematian, tak seorang pun yang tahu. Firman Allah SWT: “Seseorang tidak tahu pasti apa yang akan diperbuatnya besok pagi, dan tidak pula mengetahui secara pasti di bumi/daerah mana ia akan mati” (QS. Luqman: 34).


Ajal akan datang pada saat yang Allah tetapkan, tanpa ada yang bisa menunda atau mempercepatnya. “… ketika ajal mereka tiba, mereka tiada daya menangguhkannya ataupun menyegerakannya sesaatpun” (QS. Al-A’raf: 34).


I love you forever and always.
Al-Fatihah