Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari). Kesimpulan Hadis: 1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah. |
23.6.11
BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR
D Kirimkan Oleh @ By Unknown Pada 6/23/2011 11:36:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Coretan @ Kata²:
Post a Comment